KKM Keluarkan 8 Notis Kompaun Langgar SOP Menjaja Di Luar Waktu

KKM Keluarkan 8 Notis Kompaun Langgar SOP Menjaja Di Luar Waktu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak LAPAN (8) notis kompaun dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Pasar Besar Kota Kinabalu bermula jam 3.00 pagi, 12 April 2021 (Isnin) yang telah dilaksanakan oleh DBKK bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi ini yang diketuai oleh Tuan Robert Lipon , Timbalan Ketua Pengarah (Operasi ), DBKK telah melibatkan seramai 38 anggota yang terdiri dari Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Unit Common Inspectorate , Bahagian Penyampaian Perkhidmatan, KKM dan PDRM.

Operasi ini berjaya mencapai objektifnya iaitu mengawal kegiatan penjaja borong di lokasi yang tidak dibenarkan.

Di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Undang-Undang Kecil Penjaja 1966, sepuluh (10) notis kompaun telah dikeluarkan kepada penjaja Pasar Besar Kota Kinabalu iaitu lapan (8) daripadanya dikeluarkan oleh KKM dengan kesalahan pelanggaran SOP iaitu menjaja diluar waktu yang dibenarkan manakala dua (2) lagi dikeluarkan oleh DBKK.

Operasi ini akan diadakan dari semasa ke semasa dan dinasihatkan semua pengusaha/penjaja agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Operasi ini tamat jam 4.15 pagi.