Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Beri Sumbangan Kepada 35 Pelajar Di...

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Beri Sumbangan Kepada 35 Pelajar Di Kuala Penyu

0
SHARE

KUALA PENYU, SABAH – Tiga puluh lima (35) pelajar mendapat sumbangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, YB Datuk Hj Ahmad Marzuk Shaary. anjuran Badan Dakwah Daerah Kuala Penyu di Dewan Kampung Melampai, Kuala Penyu petang kelmarin.

Beliau turut memberi ucapan tahniah kepada 17 pelajar kelas KAFA cemerlang yang mendapat 8A.

“Begitu juga kepada 50 pelajar kelas bimbingan saudara kita dan seterusnya kepada 50 guru KAFA sekitar Kuala Penyu dan Menumbok. Semoga terus maju jaya.”

Ahmad berkata mudah-mudahan sedikit sumbangan itu dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

“Kita akan terus berganding bahu demi kemajuan pembelajaran anak-anak warga Kuala Penyu tanpa dibatasi oleh perbezaan agama, bangsa mau pun fahaman politik,” katanya.