KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) Datuk Chua Soon Ping mendakwa bahawa pelaksanaan ‘lockdown’ dan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun 2020 telah menjejas industri harta tanah secara menyeluruh.
“Pemaju hartanah bersama dengan lebih dari 140 industri ‘upstream’ dan ‘downstream’ yang berkaitan membentuk rantai ekonomi yang telah mengalami kesan teruk sejak awal wabak ini,” kata Chua.
Namun, Chua menyokong keputusan kerajaan untuk pelaksankan ketiga PKP bersertakan kesan negatifnya kepada industri dan ekonomi. Dia percaya ini adalah satu-satunya cara untuk meratakan lengkungan COVID-19 dan membasmi penyebaran virus tersebut.
“Ini adalah kesakitan jangka pendek untuk keuntungan jangka panjang. Hanya apabila umat manusia diselamatkan dapat kita memulihkan ekonomi…
“Saya percaya jika kerajaan mengambil langkah berani untuk melaksanakan ‘total lockdown’ selama sebulan, kita akan dapat melihat keberkesanan hasil dalam mengawal penyebaran terutamanya di Sabah di mana kita mengalami lebih dari 1,000 jangkitan setiap hari tahun lalu,” kata Chua.

Dia mengulas bahawa kadar jangkitan harian di Sabah cukup terkawal, dan berharap langkah-langkah yang dilaksanakan dapat mengurangkan kes harian dengan lebih berkesan sehingga di bawah 100kes.
“Sejak dilanda wabak itu industri pembinaan negara telah melihat beberapa pusingan buka dan tutup yang merugikan. Selepas setiap PKP, para pekerja diminta menjalani pemeriksaan COVID-19 secara menyeluruh, setiap waktu, dan kos pemeriksaan untuk seluruh tenaga kerja sangat tinggi…
“Setelah pembukaan semula ekonomi, semua lokasi pembinaan tidak dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh. Industri pembinaan juga menghadapi kekurangan bekalan bahan binaan seperti simen dan keluli. Semua ini menyebabkan kelewatan dalam proses pembinaan selain dari tanggungan kos tambahan,” katanya.
Reaksi terhadap keadaan tidak menentu pada tahun lalu, Chua menyarankan kerajaan menguatkuasakan PKP yang lengkap dan menyeluruh bagi menutup semua lokasi pembangunan sehingga dapat membendung penyebaran virus.
“Lebih baik hanya membuka tapak pembinaan secara progresif setelah keadaan terkawal…
“Semakin cepat kita dapat meratakan lengkungan, semakin cepat ekonomi dapat pulih. Kita harus terus menerapkan langkah-langkah untuk mengawal penyebaran dan tidak tunggu sehingga keadaan semakin teruk,” jelasnya.
Chua juga mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menubuhkan lebih banyak pusat vaksinasi bagi mempercepatkan pencapaian kekebalan kawanan.
“Kita boleh memperoleh kembali wang kita, tetapi hanya ada satu nyawa,” tambahnya lagi.





