Ketua Pembangkang Diberi Saraan, Kemudahan Setara Dengan Menteri Kanan – PM Muhyiddin

Ketua Pembangkang Diberi Saraan, Kemudahan Setara Dengan Menteri Kanan – PM Muhyiddin

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan.

Perdana Menteri menjelaskan ia sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat, demikian kata beliau pada Ucapan Khas yang disiarkan secara langsung petang tadi.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.

Oleh itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan berkenaan.

“Saya berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan,” kata beliau.