PEMULIH: KWSP Perkenalkan Kemudahan Pengeluaran i-Citra Bernilai Sehingga RM5,000

PEMULIH: KWSP Perkenalkan Kemudahan Pengeluaran i-Citra Bernilai Sehingga RM5,000

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian…

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini…

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai depan, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos,” katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.