
KUALA LUMPUR – Kerajaan dengan bank akan memberikan ‘Moratorium’ bayaran balik pinjaman bank secara automatik selama ENAM (6) kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.
Tambah beliau, tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan.
“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik, malah kemudahan ini ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas…
“Ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini.

“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.