PEMULIH: Kerajaan Beri GKP 4.0 Buat Penerima Layak, Bayaran Pada September Dan...

PEMULIH: Kerajaan Beri GKP 4.0 Buat Penerima Layak, Bayaran Pada September Dan November

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan diberi tambahan oleh Kerajaan buat penerima yang layak yang mana pembayaran awal sebanyak RM500 pada September dan RM500 lagi dibayar pada November ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran tambahan bantuan GKP di bawah 4.0 itu dibuat berikutan kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro pada masa ini,

“Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro termasuk pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatandapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka…

“Apa yang penting kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti,” katanya ketika membuat Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.