Kluster Tembok Kota Kinabalu Sumbang Kepada Peningkatan Kes Mendadak Di Sabah

Kluster Tembok Kota Kinabalu Sumbang Kepada Peningkatan Kes Mendadak Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada Sabtu ialah 647 KES, angka ini menunjukkan peningkatan mendadak 321 kes berbanding 326 kes sebelum ini.

SATU (1) kes kematian juga dilaporkan di daerah Lahad Datu kelamarin.

Daerah Kota Kinabalu merekodkan kes TERTINGGI dengan jumlah kes baharu sebanyak 312 kes pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, Kluster Tembok Kota Kinabalu (Penjara Kepayan) menyumbang kepada 204 kes.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata masyarakat terutamanya di daerah Kota Kinabalu, Tawau, Kudat, Keningau, Sandakan, Sipitang dan Beaufort dinasihatkan untuk mematuhi larangan rentas daerah.

“Ini amat penting dalam usaha menangani peningkatan kes di negeri Sabah khususnya dengan cuti perayaan yang akan datang dalam tempoh terdekat ini…

“Sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dengan terus mematuhi SOP dengan sentiasa mengamalkan 3W (wash, wear & warn) serta menjauhi 3C iaitu (crowded, confined & closed) agar penularan virus COVID-19 dapat dikekang,” tegasnya.

Datuk Masidi Manjun…

Satu kluster baharu juga dikesan di Keningau yang melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Tuarid Taud dan Lingkudau.

“Kes indeks Kluster Jambatan Liawan merupakan seorang lelaki, 26, yang dikesan positif dalam saringan bergejala pada 14 Julai di sebuah klinik swasta di Keningau…

“Jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini mencatatkan 45 kes, termasuk 38 kes baharu.

“Penularan jangkitan kluster ini juga disyaki berpunca daripada pergaulan golongan remaja di kampung dan kemudian merebak kepada ahli keluarga,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, 647 kes yang direkodkan pad hari ini adalah hasil daripada Saringan Kluster 287 kes, Saringan Kontak Rapat 220 kes, Saringan Bersasar 63 kes, Saringan Bergejala 47 kes dan Lain-lain saringan 30 kes.

Dalam pada itu, empat (4) lokaliti diperkenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Julai sehingga 1 Ogos.

“Ini termasuk Apartment Seri Maju di Kota Kinabalu, Kampung Tinusa 2 di Sandakan, dan QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari iaitu di Tawau,” Masidi berkata,