DBKK Tangguh Pembukaan Semua Taman Awam Di Sekitar Kota Kinabalu

DBKK Tangguh Pembukaan Semua Taman Awam Di Sekitar Kota Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menangguhkan pembukaan semua Taman Awam di sekitar Kota Kinabalu buat sementara waktu ekoran kenaikan mendadak kes COVID-19.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata penangguhan itu berkuatkuasa serta-merta.

“Ini termasuk  Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

DBKK dalam satu kenyataan hari ini (17 Julai 2021) menangguhkan pembukaan Taman Awam di Sekitar Kota Kinabalu ekoran peningkatan kes harian COVID-19…

Pada awal hari ini DBKK telah memberikan isyarat hijau kepada aktiviti jogging, zumba dan senamrobik yang dihadkan secara kumpulan berkapasiti 10 orang di Taman Awam Likas Teluk Likas.

Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens pula telah dibuka kepada orang ramai 13 Julai lalu.

Sabah mencatat 647 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 44 peratus atau 287 kes berkenaan adalah berpunca daripada kluster sedia ada.