Butterfingers, Hujan Dan Bunkface Bakal Bergabung Dalam Konsert ‘UND3RGROUND’ 2 Mac Ini

Butterfingers, Hujan Dan Bunkface Bakal Bergabung Dalam Konsert ‘UND3RGROUND’ 2 Mac Ini

0
SHARE
Band
Tiga 'gergasi' band indie negara, Butterfingers, Hujan dan Bunkface ( Sumber Foto: Ihsan Hitman Solutions )

KUALA LUMPUR – Tiga ‘gergasi’ band indie negara, Butterfingers, Hujan dan Bunkface bakal bergabung membuat persembahan dalam konsert ‘UND3RGROUND’ yang dijadualkan berlangsung di Surf Beach, Sunway pada 2 Mac ini.

Konsert UND3RGROUND (Underground) direncanakan akan berlangsung selama tiga jam di mana setiap band akan membuat persembahan selama 45 minit dengan menyanyikan lagu klasik mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata sebagai resolusi tahun baharu, pihaknya melangkah ke hadapan dengan momentum positif, dengan beberapa acara yang telah dirancang serta bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Nama-nama besar seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface meninggalkan legasi yang kuat dalam arena indie ketika era ‘band’ berkembang.

“Jadi kami ingin raikan setiap perjalanan karier mereka melalui sebuah konsert rock epik yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam industri muzik kita.

“Kami mengambil pendekatan konsep ‘underground’ yang membawa semula era dan atmosfera gig menyatukan ketiga-tiga band legenda ini untuk beraksi bersama sambil memberikan pengalaman unik
khusus buat peminat indie tempatan.

“Konsert ini bukan sekadar satu acara, tetapi sebuah pengalaman indie yang yang tidak
pernah dilakukan sebelum ini, kami ingin penonton yang hadir merasai sendiri ‘feel’ sebenar konsert indie dalam semua aspek,” katanya.