
BEAUFORT, SABAH – Penganjuran program Sentuhan Kasih Ramadan atau majlis keagamaan dalam usaha berkongsi dan meraih ilmu atau beramal adalah selaras dengan konsep yang dibawa Kerajaan Perpaduan iaitu Malaysia Madani.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komiditi Datuk Siti Aminah Aching berkata, konsep Madani itu sendiri membawa maksud bertamadun dan program keagamaan adalah salah satu daripada cabang usaha yang perlu dimarahkan
“Majlis seperti ini (Sentuhan Kasih Ramadan) merupakan antara asas untuk kita menyemai rasa kasih sayang dan memperkukuhkan ukhwah.
“Ini kerana jika dihayati konsep Malaysia Madani itu sendiri, ia membawa pengertian negara ini bertamadun yang dijanakan dengan perpaduan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri dua program Sentuhan Kasih Ramadan di masjid Kampung Klias Kecil dan Kebatu, semalam.
Menurut Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata majlis seperti ini juga seharusnya dimanfaatkan sebagai wadah untuk membina kekuatan perpaduan yang mengangkat martabat insaniah, ekonomi, ilmu pendidikan dan sosial.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar
menjadikan bulan Ramadan sebagai platform memgeratkanhubungan perpaduan dan rasa kasih sayang melalui aktiviti-aktiviti masjid seperti solat berjemaah serta menganjurkan program kebajikan.





