Individu Lengkap Vaksinasi Sahaja Dibenarkan ‘Dine-In’ Dan Masuk Pasar Raya, Rentas Daerah...

Individu Lengkap Vaksinasi Sahaja Dibenarkan ‘Dine-In’ Dan Masuk Pasar Raya, Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Individu yang telah lengkap menerima DUA (2) dos vaksin COVID-19 sahaja DIBENARKAN mengunjungi pasar raya (Supermarket dan Hypermarket) dan makan di dalam restoran (dine in) di Sabah.

Kemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bagi Sabah malam tadi itu turut merangkumi kepada pekerja pada premis restoran, supermarket dan hypermarket.

Dengan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun dalam sebuah kenyataan malam tadi turut menjelaskan bahawa hanya pelanggan yang berstatus risiko rendah COVID-19 pada aplikasi MySejahtera masing-masing dibenarkan masuk premis berkenaan.

Sebarang aktiviti sosial diadakan pada mana-mana premis makan juga tidak dibenarkan.

“Semua premis makanan hanya dibenarkan untuk menjual makanan atau ‘dine-in’ sahaja…

“Sebarang aktiviti sosial ‘poolbar’, majlis atau aktiviti yang menyebabkan perkumpulan adalah tidak dibenarkan.

“Kategori ini termasuk aktiviti seperti KTV atau bar. Hidangan secara bufet dibenarkan semula dengan syarat sarung tangan plastik jenis pakai buang disediakan untuk semua pelanggan.

“Suhu badan melebih 37.5 darjah celsius dan tidak memakai pelitup muka tidak dibenarkan memasuki premis,” katanya lagi.

Dalam pada itu, aktiviti merentas daerah di negeri ini masih lagi TIDAK DIBENARKAN walaupun individu telah lengkap vaksinasi.

“Pergerakan merentas daerah tetap tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan seperti perubatan, kematian, atau bencana alam dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM)…

“Laluan keluar masuk rentas daerah ditutup dan dikawal oleh PDRM. Namun begitu, urusan tugas rasmi kerajaan adalah dibenarkan dengan menunjukkan dokumen surat majikan dan surat arahan penugasan,” katanya.

Walau bagaimanapun, pergerakan pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang ingin berjumpa anak berumur di bawah 18 tahun dibenarkan merentas daerah dalam negeri dengan syarat mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengemukakan dokumen berkaitan.

“Kerajaan masih mengekalkan SOP hanya dua orang wakil isi rumah dalam sebuah kenderaan untuk keluar membeli barangan keperluan asas harian termasuk ubat dan penokok diet…

“Maksimum tiga orang dalam kenderaan hanya kepada pesakit dibenarkan bagi mendapatkan rawatan atau perubatan,” beliau berkata.

Datuk Masidi Manjun…

Menurutnya lagi, kanak-kanak di bawah 12 tahun masih TIDAK DIBENARKAN berada di dalam premis perniagaan dan kemudahan awam kecuali perubatan, pendidikan, kecemasan serta senaman.

Sementara itu, individu berumur melebihi 70 tahun pula tidak digalakkan keluar daripada rumah masing-masing.

Penggunaan aplikasi Mysejahtera diwajibkan kepada semua kawasan yang mempunyai capaian internet. Pengecualian hanya diberikan di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet.

Operasi hotel dan penginapan turut dibenarkan bagi pelanggan dalam daerah dengan syarat pekerja dan pelawat harus lengkap divaksin tapi destinasi dan tapak pelancongan termasuk di kawasan luar bandar masih tidak dibenarkan beroperasi.

Tambah Masidi, aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tidak membabitkan sentuhan secara fizikal seperti taichi, memancing, berbasikal, golf, ekuestrian, memanah, tenis (single), sukan menembak, permotoran dan lain-lain di kawasan terbuka dienarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya DUA (2) hingga TIGA (3) meter.

“Aktiviti tersebut hanya boleh dilakukan dalam lingkungan 10 kilometer dari kediam bermula 6 pagi sehingga 7 malam. Aktiviti hiking dan seumpanya tidak dibernarkan,” kata Masidi lagi.