KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dijangka akan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Menurut sumber rasmi, Datuk Dr Yusof yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu.
Menurut sumber itu lagi, Dr Yusof akan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyokong Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang lalu, Dr Yusof mempertahankan kerusi Sindumin melalui pertandingan 6 penjuru dengan jumlah majoriti 424 undi.
Daripada maklumat yang diterima, beberapa orang ADUN Warisan turut dijangka akan meninggalkan Parti kerana kerana telah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.
Terdahulu pada bulan Februari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir juga telah mengumumkan keluar daripada Parti Warisan dan kini telah menyertai Parti BERSATU.






