Angka Kes COVID-19 Di Sabah Turun Kepada 592 Kes Hari Ini

Angka Kes COVID-19 Di Sabah Turun Kepada 592 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah melihat penurunan 49 kes COVID-19 baharu hari ini dengan jumlah keseluruhan 592 KES.

Kota Kinabalu merupakan daeraeh dengan jumlah kes tertinggi di Sabah yang bertambah enam (6) kes baharu.

“Begitu juga di Beaufort (+17), Kota Marudu (+14), Kinabatangan (+18) dan Tambunan (+16) merekodkan pertambahan,” kata Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Katanya 202 kes yang direkodkan hari ini adalah kes lewat daftar dua (2) hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.

“Di Kota Kinabalu, 74 daripada 76 kes adalah kes lewat daftar, 25 di Papar, 25 di Tenom, 14 di Kota Belud dan Lahad Datu,” jelasnya.

Satu kluster baharu jenis komuniti, Kluster Blok 03 turut dikesan di daerah Kinabatangan

Dalam pada itu, tidak ada pesakit Kategori 5 (memerlukan alat bantuan pernafasan) yang dicatatkan hari ini.

Masidi berkata hanya empat (4) orang dalam Kategori 4, tiga (3) orang dalam Kategori 3 dan 468 orang dalam Kategori 2 manakala 102 orang lagi dalam Kategori 1.

Sebanyak 15 kes lagi masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 76 (70)
Beaufort – 58 (41)
Kota Marudu – 53 (39)
Kinabatangan – 36 (18)
Kota Belud – 35( 47)
Tambunan – 33 (17)
Tenom – 33 (34)
Lahad Datu – 28 (51)
Ranau – 28 (26)
Papar – 26 (17)
Tuaran – 26 (27)
Keningau – 24 (27)
Pitas – 22 (20)
Kudat – 17 (56)
Penampang – 15 (15)
Telupid – 13 (10)
Sandakan – 13(13)
Sipitang – 12 (17)
Tawau – 11 (8)
Beluran – 9 (25)
Semporna – 5 (5)
Putatan – 5 (34)
Nabawan – 4 (8)
Tongod – 3 (8)
Kalabakan – 3 (2)
Kuala Penyu – 2 (4)
Kunak – 2 (2)