Bantuan Bakul Makanan Kerajaan Negeri Mendorong Muafakat Kaum India Sabah

Bantuan Bakul Makanan Kerajaan Negeri Mendorong Muafakat Kaum India Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah menghulurkan lebih 500 bantuan bakul makanan kepada masyarakat india di Sabah sempena perayaan Deepavali 4 November ini.

Presiden Gabungan Persatuan Masyarakat India Sabah (GPMIS), Datuk A. Nagaruju berkata, kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib mana-mana kaum yang berada di Sabah, khususnya kaum India, meskipun berjumlah kecil.

Nagaraju berkata terdapat lebih 18 ribu penduduk kaum india menetap di Sabah manakala kira-kira 12 ribu lagi yang “keluar masuk” dari Semenanjung atas sebab kerja.

“Kami bangga dengan kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang menerajui Gabungan Rakyat Sabah dengan jayanya dan memberi perhatian adil kepada semua kaum…

“Kami menghargai kesungguhannya dengan sumbangan bakul manakan ini yang akan diedarkan kepada kuil di sekitar negeri,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah turut menyumbang bakul makanan kepada pekerja india yang tergolong dalam skim Lembaga Dana Migrasi pada tahun 60an.

Nagaraju (dua dari kanan) menghulurkan sunbangan bantuan bakul makanan kepada Presiden Persatuan Kinabalu Singh Sabha, Anup Singh diiringi Amarjit (kanan)…

Menurutnya, GPMIS akan lebih mengeratkan serta mengukuhkan identiti kaum india di Sabah tanpa mengira jenis pemahaman politik mahupun agama.

“Pada masa yang sama kami berhasrat untuk menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum india yang terkuat di Sabah…

“Sejajar dengan slogan Keluarga Malaysia, kami seperti kaum-kaum yang lain juga perlukan satu suara.

“Masing-masing daripada kami ada ideologi politik sendiri tetapi ideologi kami semua secara amnya adalah untuk bersatu padu dalam apa juga keadaan demi kekal teguh,” katanya lagi.

Nagaraju memberitahu bahawa lapan (8) daripada persatuan india di Sabah sudah mengikuti gabungan tersebut di mana lebih 20 lagi akan dijangka menyertai dalam masa yang terdekat.

Amarjit Singh mewakili Persatuan Kinabalu Singh Sabha mengucapkan terima kasih di atas bantuan tersebut.

“Kami menghargai jasa Kerajaan Negeri Sabah di mana kaum Sikh turut diberikan perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji…

“Satu mesyuarat bersama GPMIS akan dibuat tidak lama lagi bagi mencari jalan untuk memperkasakan lagi kaum Sikh dan merayakan semangat kekitaan.

“Ianya tidak ada kena mengena dengan politik tetapi lebih kepada hidup secara aman dalam rangkaian satu rumah iaitu negeri Sabah dan negara Malaysia,” beliau berkata.