KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat 573 KES COVID-19 baharu pada hari ini iaitu peningkatan 28 kes dari jumlah kelmarin.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan kes yang agak tinggi berlaku di beberapa daerah.
“Ini termasuk Kota Kinabalu yang naik +32 kes menjadikan jumlah 85 kes hari ini…
“Kes melalui saringan bergejala adalah tinggi, yakni 34 kes, berbanding 38 kes Kontak Rapat,” jelasnya.
Masidi merumuskan bahawa 13 daerah mencatatkan peningkatan kes, mankala 12 daerah mencatatkan penurunan dan dua (2) daerah kekal sebagaimana catatan semalam.
“Kes berpunca daripada Saringan Bergejala yang sinonim dengan kes sporadik adalah tinggi, dan hari ini ia berjumlah 239 kes atau 41 peratus (41.7%)…
“Malah ada daerah yang mencatatkan jumlah kes dalam kategori ini melebihi 50 peratus (50%) daripada jumlah keseluruhan kes di daerah berkenaan,” katanya sambil mengulangi kes jenis itu berkait dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Beliau berkata sebanyak 344 ataupun 60 peratus (60%) daripada 573 kes hari ini didaftarkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
“Jumlah pesakit dalam kategori serius yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah…
“Hari ini cuma ada empat (4) orang pesakit dalam Kategori 3, enam (6) pesakit dalam Kategori 4 dan dua (2) orang pesakit dalam Kategori 5.
“Sejumlah 557 kes atau 97 peratus (97.2%) daripada 573 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 (71) dan Kategori 2 (486),” katanya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (10 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 85 (53)
Beaufort – 60 (69)
Tuaran – 53 (24)
Kota Marudu – 40 (57)
Kota Belud – 37 (36)
Ranau – 34 (47)
Papar – 32 (13)
Putatan – 28 (8)
Keningau – 25 (18)
Sandakan – 23 (12)
Tenom – 21 (26)
Penampang – 19 (24)
Kudat – 19 (17)
Tambunan – 18 (25)
Kuala Penyu – 15 (3)
Lahad Datu – 14 (18)
Pitas – 14 (13)
Kinabatangan – 12 (7)
Beluran – 10 (9)
Tawau – 5 (25)
Sipitang – 3 (18)
Telupid – 2 (11)
Kunak – 2 (1)
Tongod 1 – (9)
Kalabakan – 1 (1)
Semporna – 0 (0)
Nabawan – 0 (1)





