KUALA LUMPUR – Kemasukan pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara-negara yang disenarai berisiko jangkitan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron ke Malaysia akan ditanggungkan sementara.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, terdapat 18 buah negara sudah melaporkan pengesanan ‘Variant of Concern’ (VOC) Omicron setakat 30 November.
“Omicron disyaki berkembang semasa jangkitan kronik dalam individu mempunyai sistem imun rendah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyediakan senarai negara diiktiraf berisiko tinggi jangkitan varian tersebut secara harian untuk edaran agensi berkaitan,” katanya.





