Polis Tangkap 2 Lelaki Mencuri Kabel Milik SESB

Polis Tangkap 2 Lelaki Mencuri Kabel Milik SESB

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – DUA (2) pencuri kabel milik SESB ditangkap polis ketika sedang melakukan aktiviti itu di kawasan semak berhampiran simpang ke Salut Seafood Restaurant di Menggatal, sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Zaidi Abdullah berkata, pihaknya pada jam 2.20 petang menerima laporan daripada orang awam berhubung insiden tersebut.

“Bertindak atas maklumat tersebut, anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Menggatal telah bergegas ke lokasi kejadian…

“Apabila sampai, dua (2) suspek lelaki yang sedang mencuri kabel ditahan dan ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Turut dirampas adalah 33.5 meter gulungan kabel aluminium bersalut getah, 46.5 meter kabel aluminium tidak bersalut getah serta peralatan pemotong dan gergaji besi.

Zaidi berkata seorang suspek, Mustafa Bahijan, 40, tidak memiliki dokumen sah.

“Manakala rakannya, Haidi Yusuf, 49, mempunyai lapan (8) rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, mencuri serta pecah masuk rumah di mana kebanyakkannya berlaku di Semenanjung…

“Kedua-dua suspek daripada Kampung Suang Parai itu turut didapati positif dadah jenis syabu,” jelasnya.

Kes sedang disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.