Satu Tinjauan Dedahkan Facebook Diundi Sebagai Syarikat Paling Teruk Tahun 2021

Satu Tinjauan Dedahkan Facebook Diundi Sebagai Syarikat Paling Teruk Tahun 2021

0
SHARE

WASHINGTON – Facebook atau Meta (merujuk kepada penjenamaan semula) baru-baru ini telah diundi sebagai syarikat paling teruk bagi tahun 2021, demikian menurut satu tinjauan yang dibuat menerusi laman utama Yahoo Finance.

Memetik laporan New York Post, tinjauan yang dibuat itu dilakukan pada 4 hingga 5 Disember lalu dengan mengambil data daripadasejumlah 1,541 responden.

Menurut Yahoo, lapan peratus undian masuk adalah untuk Meta, dan jumlah itu adalah 50 peratus (50%) lebih banyak berbanding syarikat yang berada di tempat kedua iaitu Alibaba.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms, Mark Zuckerberg September lalu mengumumkan pertukaran nama syarikatnya di tengah-tengah pelbagai krisis yang melanda jenama tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms, Mark Zuckerberg…

Minggu lepas, Meta memaklumkan kepada kira-kira 50,000 pengguna Facebook dan Instagram bahawa mereka mungkin menjadi sasaran kepada tujuh firma swasta yang menawarkan perkhidmatan ‘pengawasan’.

“Industri itu menyasarkan pengguna internet untuk mengumpulkan risikan, memanipulasi bagi mendedahkan maklumat dan menjejaskan peranti serta akaun mereka,” kata Pengarah Gangguan Ancaman Meta, David Agranovich.