PARIS, PERANCIS – Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan hari ini bintang mereka, Lionel Messi diuji positif COVID-19 dan kini menjalani pengasingan diri.
Memetik laporan AFP, pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu adalah antara EMPAT (4) pemain yang didapati positif wabak itu menjelang aksi Piala Perancis menentang Vannes, awal pagi Selasa ini.
Untuk rekod, Messi hanya menjaringkan satu gol setakat ini dalam 11 penampilan saingan Ligue 1 tetapi meledak lima gol dalam aksi Liga Juara-Juara.
Dia dijangka terlepas aksi Piala Perancis itu selain tersisih untuk aksi pertama Ligue 1 sejak rehat musim sejuk di Lyon, Isnin depan.





