TAWAU, SABAH – Mayat seorang lelaki ditemui di bawah jambatan kilang kayu di Teras Fajar, Logpond, sini hari ini.
Anggota Bomba dipanggil bagi mengeluarkan mangsa pada jam 11.20 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa yang belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Pasukan Bomba mengambil mangsa dan menyerahkan kepada pihak KKM dan Polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 12:33 tengah hari.





