Kalimah Allah Ditemui Pada Telur

Kalimah Allah Ditemui Pada Telur

0
SHARE

JAKARTA, INDONESIA – Sebiji telur yang memiliki kalam mirip nama Allah ditemui oleh seorang penjual telur ayam di Kabupaten Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah, baru-baru ini.

Memetik laporan Tribunnews, peniaga itu terkejut apabila menyedari keunikan telur tersebut ketika mengemas stok telur di kedainya.

Kulit telur itu berwarna putih, lebih tebal dan berbeza daripada telur ayam biasa, katanya.

“Jika diperhatikan,  garisan-garisan yang timbul pada kulit telur ini seperti tertera nama  Allah…

“Ini adalah satu penemuan yang sangat istimewa, jadi saya tidak akan jual telur ini dan akan menyimpannya,” kata Karyanto.

Dia juga menyatakan bahawa ini adalah kali pertama dia menemui telur dengan kalimah Allah selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan menjual telur ayam.