Saintis Cipta AI Ramal Jangka Hayat Manusia Menerusi Imbasan Retina

Saintis Cipta AI Ramal Jangka Hayat Manusia Menerusi Imbasan Retina

0
SHARE

SYDNEY, AUSTRALIA – Sebuah program berteknologi kepintaran buatan AI baharu telah dicipta oleh sekumpulan penyelidik di Australia bagi meramal jangka hayat manusia menerusi imbasan retina pada mata.

Wion News melaporkan, penyelidikan itu diterbitkan menerusi Journal of Ophthalmology Britain kelmarin.

Program itu dicipta kerana saintis-saintis mendakwa bahawa retina pada mata manusia berfungsi sebagai ‘jendela’ yang membenarkan mereka melihat dengan lebih mendalam tentang keadaan kesihatan seseorang…

Algoritma AI juga didakwa boleh meramal usia retina dengan tepat susulan analisis hampir 19,000 imbasan fundus iaitu kawasan belakang mata dimana terletaknya retina yang dijalankan oleh kumpulan  penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mata Melbourne.

“Retina menjadi ‘jendela’ yang unik dan boleh diakses untuk menilai punca serta kesan sesuatu penyakit yang berkaitan dengan saluran darah dan saraf yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian,’’ tulis pengarang kajian, Dr. Mingguang He.

Beliau merupakan profesor epidemiologi oftalmik di Universiti Melbourne dan Pusat Penyelidikan Mata di Australia.

Sebanyak 130,000 sampel penyelidikan diambil daripada lebih 500,000 responden  berusia antara 40 tahun hingga 69 tahun yang menyertai kajian jangka panjang tajaan  kerajaan Britain itu, UK BioBank.