KUCHING, SARAWAK – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah meluluskan penambahbaikan ke atas prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.
Menurut JPBN, pihaknya juga telah memutuskan bahawa aktiviti Tarian Singa adalah dibenarkan dengan berpandukan syarat-syarat yang digariskan di dalam SOP tersebut.
“SOP tersebut boleh didapati di laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Dalam pada itu, sebanyak tujuh kes jangkitan baharu positif COVID-19 dicatatkan kelmarin (24 Jan) dengan tiada kes kematian baharu direkodkan.
Ujarnya, kesemua tujuh kes itu adalah daripada Kategori 1 dan 2.
“Daerah Subis mencatatkan tiga kes, diikuti Kuching (2), manakala Miri dan Sarikei masing-masing dengan satu kes,” tambahnya.
Sementara, tiada kes kematian baharu direkodkan hari ini dan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.






