PERIKATAN NASIONAL SEDIA HADAPI PRN JOHOR

PERIKATAN NASIONAL SEDIA HADAPI PRN JOHOR

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada bila-bila masa susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pengerusi PN, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin berkata, walaupun PN adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Johor sebelum ini, keputusan pembubaran DUN Johor dibuat tanpa perundingan dengan PN Johor.

“Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, PN akan mengadakan rundingan dengan parti-parti anggota PN bagi memuktamadkan kerusi kerusi yang akan ditandingi selain memberi tumpuan kepada persiapan jentera parti…

“Sekiranya diberikan mandat oleh rakyat negeri Johor dalam pilihan raya ini, PN akan membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, prihatin rakyat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Johor seluruhnya,” katanya.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Beliau turut menyeru semua pengundi yang layak untuk mengundi supaya keluar mengundi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

“Saya berharap SOP yang akan ditetapkan nanti adalah seimbang dari segi keutamaan untuk mencegah penularan COVID-19 dan memberi ruang kepada parti-parti politik untuk berkempen secara bebas, adil dan selamat,” tambahnya.

Dalam kenyataan semalam, Muhyiddin turut mengalu-alukan semua pengundi baharu termasuk pengundi berumur 18 tahun ke atas yang akan mengamalkan hak demokrasi mereka sebagai pengundi buat pertama kali dalam PRN Johor.

“Tunaikanlah hak dan tanggungjawab anda secara bijaksana,” ujar beliau.