Shafie Seorang Hipokrit Dan Pembohong – Dr. Jeffrey

Shafie Seorang Hipokrit Dan Pembohong – Dr. Jeffrey

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal memalsukan maklumat mengenai Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA) dengan niat jahat memanipulasi emosi rakyat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, presiden Parti Warisan Sabah itu nampaknya tidak teragak untuk berbohong semata-mata untuk bertentangan dengan Kerajaan.

“Mula-mula dia menuduh kerajaan telah menjual dua juta hektar tanah kepada warga asing, Sekarang dia mengatakan ia adalah pajakan…

“Dia tahu kata-kata yang keluar dari bibirnya adalah pembohongan, tetapi dia tetap melakukannya,” kata Jeffrey dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa perjanjian itu adalah bertujuan untuk memulihara hutan dan membenarkan syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Hoch Standard Pte Ltd untuk memperdagangkan karbon terbiar dan merealisasikan nilai kewangan karbon melalui kaedah saintifik.

Katanya syarikat berkenaan akan mencari pembida yang menawarkan harga terbaik untuk Sabah.

“Sebenarnya, ketika Shafie menjadi ketua menteri, beliau sedang mengusahakan perjanjian karbon yang sama tetapi tidak dapat menyelesaikannya kerana Warisan kalah dalam pilihan raya…

“Warisan juga menganjurkan seminar mengenai perkara itu. Ia dirasmikan oleh timbalannya Datuk Seri Panglima Madius Tangau,” katanya.

Beliau mendedahkan bahawa di bawah perjanjian karbon Warisan, Shafie telah bersetuju dengan formula 51-49: 51 peratus untuk kerajaan dan 49 peratus untuk syarikat itu.

NCA semasa yang dipersetujui kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menetapkan bahawa kerajaan akan mengambil 70 peratus daripada keuntungan manakala syarikat yang akan bertanggungjawab ke atas semua aspek perniagaan termasuk pemasaran dan jualan, hanya akan menerima 30 peratus.

Jeffrey berkata oleh kerana urus janji yang lebih baik tersedia di atas meja, ia hanyalah wajar kerajaan GRS membatalkan dan menghentikan NCA seperti yang dicadangkan oleh Shafie.

Tambahan pula, beliau juga berkata Shafie salah apabila menilai keupayaan syarikat kerana caranya yang agak konvensional gagal memasukkan ketersambungan dan rangkaian syarikat, serta pemegang saham dan pengarah syarikat, atau kewujudan syarikat khas.

“Saya nasihatkan Shafie supaya berhenti berbohong kerana ia berbahaya kepada semua orang. Beliau dan pengikutnya harus lebih fokus kepada parti politik mereka sendiri.

“GRS sedang melakukan segala yang termampu untuk membangunkan Sabah dan kami menumpukan usaha untuk membina semula ekonomi pada masa yang sukar ini iaitu ekonomi yang Shafie dan Warisan telah merosotkan sepanjang 27 bulan mereka memegang jawatan.

“Membatalkan perjanjian itu akan mensiakan kerja keras berbulan-bulan dan menangguhkan rancangan GRS untuk Sabah…

“Kita tidak mahu mengurus dan menjalankan Sabah seperti yang dilakukan oleh kerajaan (mereka) yang terdahulu.

“Bagaimanakah kita boleh mengharapkan hasil yang berbeza jika kita terus menggunakan strategi sama yang telah terbukti tidak berkesan?” katanya.