Penggangur Ditahan Bersama Senjata Api Buatan Sendiri

Penggangur Ditahan Bersama Senjata Api Buatan Sendiri

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Seorang penganggur yang mahir menghasilkan senjata api buatan sendiri ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) daerah ini semalam.

Rumah suspek lelaki berumur 57 tahun di Kampung Pansong, sini, telah diserbu kira-kira pada jam 2.30 petang ekoran hasil risikan dan siasatan pihak Polis.

Suspek, 57, ditahan di Kampung Pansong, sini kira-kira pada jam 2.30 petang semalam…

Ketua Polis Daerah, DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pemeriksaan pada rumah suspek telah menjumpai selaras ‘bakakuk’.

“Dalam serbuan itu suspek mengaku menyimpan barang terlarang tersebut dan membawa anggota kepada lokasi ianya disimpan…

Selaras ‘bakakuk’ yang dijumpai di rumah suspek…

“Turut ditemui adalah 18 buah peralatan yang digunakan untuk membuat senjata api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusoff Zaki berkata suspek dan rampasan barang telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Beaufort di mana reman akan dipohon untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.