Mangsa Pertama Laut Perapat Tugu Ditemui Lemas

Mangsa Pertama Laut Perapat Tugu Ditemui Lemas

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Seorang daripada dua mangsa yang dikhuatiri lemas ketika keluar memukat di perairan Laut Perapat Tugu Mamal semalam ditemui pukul 5.15 petang tadi.

Mangsa lelaki, Macklin Majaun, 29, ditemui orang awam di kawasan Membatu Laut kira-kira tiga (3) kilometer daripada lokasi kedua-dua mangsa dilaporkan hilang kira-kira jam 6 petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan operasi pencarian seluas 30 batu nautika persegi tertumpu di sekitar persisiran pantai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis dan seterusnya diserahkan kepada pihak mereka untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi hari kedua bagi mencari mangsa terakhir, Aewaeinder Fedelex Olliong, 20, dimulakan seawal jam 6 pagi tadi dengan bantuan pihak Polis, Maritim Malaysia dan penduduk kampung.