JOSEPH KURUP MENINGGAL DUNIA

JOSEPH KURUP MENINGGAL DUNIA

0
SHARE
Arthur
Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup - (Sumber Foto: Gambar carian Google)

KOTA KINABALU, SABAH – Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia pada usia 80 tahun, hari ini.

Berita terbabit disahkan oleh staf kepada anak lelakinya, Datuk Arthur Joseph Kurup sebentar tadi.

Difahamkan bekas Timbalan Ketua Menteri disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

Mendiang telah bersara daripada politik pada Januari tahun lepas apabila menyerahkan tampuk kepimpinan dan meletakkan jawatan sebagai presiden PBRS.

Anak lelakinya, Arthur yang sebelum ini merupakan timbalan presiden kemudiannya mengambil alih jawatan sebagai presiden.

Joseph merupakan ahli pengasas dan presiden pertama PBRS dimana ia juga merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) bermula 1994 sehingga 2023.