Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Setuju Potong Gaji 20 Peratus – PM Anwar...

Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Setuju Potong Gaji 20 Peratus – PM Anwar Ibrahim

0
SHARE
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri sebulat suara bersetuju untuk menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara terbabit dipersetujui dalam mesyuarat khas Kabinet yang diadakan pada hari ini.

“Jemaah menteri bersetuju atas keprihatian kepada rakyat untuk memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus…

“Pemotongan ini sehingga ekonomi negara pulih…kalau tiga tahun..tiga tahunlah, itu contoh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada orang kata Anwar ambil gaji PM tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya