LAHAD DATU, SABAH – Bangkai seekor gajah betina telah ditemui di sebuah ladang di Ulu Tungku, beberapa hari yang lalu.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Saimin berkata, gajah tersebut ditemui mati terdampar dengan separuh badan mamalia itu berada dalam air.
Jelas beliau, dianggarkan gajah tersebut berusia 25 tahun dan telah ditemui oleh pekerja ladang pada jam 9 pagi sebelum ia dilaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar.
“Bedah siasat ke atas gajah itu dijalankan dan beberapa sampel diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.





