PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengiktiraf pengembara yang telah melengkapkan rejimen penuh vaksin COVID-19 yang diluluskan di bawah Penyenaraian Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia juga akan menerima vaksin yang telah diluluskan penggunaannya oleh pihak berkuasa kawal selia dalam negara lain walaupun yang tiada dalam senarai itu, lapor Kosmo!.
“Senarai jenis dan jenama vaksin ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa…
“Contoh vaksin yang diiktiraf ialah Zifivax (China, Indonesia, Pakistan), Minhai (China, Indonesia), CoviVac (Cambodia, Rusia), Medigen (Taiwan), ZyCoV-D (India), Turkovac (Turkey) dan Covifenz (Canada),” katanya pada sidang akhbar di Parlimen semalam





