Google Earth Temui Ribuan Basikal Di Sebuah Kediaman Oxford

Google Earth Temui Ribuan Basikal Di Sebuah Kediaman Oxford

0
SHARE

OXFORD, ENGLAND Aplikasi Google Earth baru-baru ini menjadi perhatian dunia apabila merakamkan foto menunjukkan ribuan basikal di laman belakang rumah di sebuah kediaman di Littlemore, Oxford.

Perkara mengejutkan itu turut menjadi perhatian pihak berkuasa Thames Valley dan pihak polis juga ketika ini dalam proses mengesan semua pemilik basikal berkenaan, lapor Arynews.

Foto basikal itu diperoleh melalui satelit dan menunjukkan jumlah basikal yang begitu banyak sehingga rumput hampir tidak kelihatan.

Ekoran penemuan itu, lelaki berusia 54 tahun yang tinggal di rumah itu ditahan kerana disyaki mengendalikan barangan curi dan memiliki harta jenayah.