FLORIDA, AS – Seekor ayam peliharaan menjadi punca utama kepada pergaduhan besar di antara DUA (2) jiran yang tinggal di Taman Palm Haven Mobile Home di St. Petersburg, Florida baru-baru ini.
Menurut Uxpress, Christine Terman, 57, menjadi marah selepas seekor ayam milik jirannya iaitu Lawrence Stenzel telah membuang najis (tahi ayam) di pationya.
Bertindak atas perkara itu, Terman kemudiannya “mengambil baldi yang dipenuhi air kencing dari bilik airnya” dan melemparkannya ke arah Stenzel.
Baldi itu mengenai muka Stenzel, “menyebabkan dia sakit” dan lebih teruk lagi “mangsa basah kuyup ketika kami tiba dan berbau air kencing,” menurut laporan itu lagi.
Terman mengaku bersalah dan ditahan atas tuduhan jenayah salah laku.
Manakala teman lelakinya, Kevin Avery, 59, juga ditahan kerana mengugut Stenzel di hadapan pegawai polis.





