Yusof Kembali Bersama UMNO

Yusof Kembali Bersama UMNO

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan langkah politik terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof.

Memetik sumber Sinar Harian, Bung berkata kemasukan Yusof hari ini adalah bersama beberapa bekas ahli Parti Warisan (Warisan) dan bekas Ketua Penerangan di lima Bahagian.

“UMNO Sabah sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa saja sama ada pernah bersama UMNO dulu atau mereka yang baru ingin menyertai parti itu. Ini akan memperkukuhkan parti,” katanya…

Katanya BN telah menangkap sentimen rakyat dan yakin akan mendapat sokongan padu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).