Lelaki Lawas Maut Di Pusingan U Penampang Bypass

Lelaki Lawas Maut Di Pusingan U Penampang Bypass

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penunggang motosikal maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika cuba membuat pusingan-u di Jalan Penampang Bypass awal Sabtu.

Mangsa, lelaki Murut berusia 39 tahun dari Merapok, Lawas di Sarawak disahkan meninggal dunia oleh doktor di tempat kejadian pukul 3.06 pagi berhampiran Hotel N5.

Mayat telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Lelaki itu menaiki Yamaha Ego apabila rempuhan itu oleh Ford Ranger yang dipandu pegawai bank Kadazan berusia 47 tahun menghumban beliau ke tepi jalan…

Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata pemandu yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu sedang memandu pulang ke Nosoob melalui Jalan Kopungit.

“Pemandu mendakwa kemalangan berlaku pada selepas lampu telah hijau. Keretanya mengalami kerosakan di sebelah kiri,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.