Lelaki Hilang Dibunuh, Kenderaan Dibakar di Sandakan

Lelaki Hilang Dibunuh, Kenderaan Dibakar di Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN: Seorang lelaki yang hilang sejak Ahad lalu dipercayai dibunuh apabila kenderaan terbakar dan mayatnya ditemui di kawasan semak dekat sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, Sandakan.

Mayat Naufal Abdul Rashid, 35, ditemui kira-kira 11 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Sandakan, Ramasamy Kuppan berkata, sepasukan polis digerakkan untuk pemeriksaan lanjut selepas laporan awal diterima berhubung penemuan sebuah pacuan empat roda terbakar di kawasan itu.

“Setiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar, namun tiada individu di dalam kenderaan berkenaan.

“Anggota polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu dan menemui satu mayat lelaki disyaki berkaitan laporan orang hilang pada Ahad lalu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial kehilangan seorang lelaki yang juga anak pemilik restoran Supreme kira-kira 3 petang Ahad lalu.

Ramasamy berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.