Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah Anjurkan Acara Fun Run

Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah Anjurkan Acara Fun Run

0
SHARE
Dato' Sri Haji Gulamhaidar melepaskan larian Fun Run 2022...

KOTA KINABALU, SABAH Dengan bertemakan “Kekal Selamat, Kekal Sihat”, Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah akan mempertingkatkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sukan dan rekreasi untuk warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah melalui pelbagai aktiviti seperti acara Fun Run yang telah diadakan pada 7 Oktober 2022 bertempat di Sunset Plaza, Menara Tun Mustapha.

Acara tersebut dimeriahkan dengan aktiviti seperti karaoke, cabutan bertuah dan sesi senaman zumba.

Menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, acara tersebut adalah bukti komitmen Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kumpulan Yayasan Sabah di samping menggalakkan semangat berpasukan dalam organisasi.

Pemenang hadiah pertama bagi Kategori Terbuka (Lelaki), Encik Supran bin Madin (tiga dari kanan) menerima hadiah daripada Encik Zulkhairi…

“Oleh itu, saya menyeru kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah untuk melibatkan diri dalam acara bermakna ini sebagai usaha membudayakan amalan gaya hidup sihat,” tambahnya…

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat Yayasan Sabah (YS|ICSB) merangkap Penasihat Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, wakil daripada Majlis Belia Sabah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah dan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan.