KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dilantik sebagai salah seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.
Beliau dilantik bersama-sama calon yang mewakili empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat…
Perkara tersebut, telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan itu kepada media tempatan pada Ahad.
Sementara itu Penasihat kepada Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.





