Kanak-Kanak Rentung, Lima Lagi Melecur Dalam Kebakaran Rumah

Kanak-Kanak Rentung, Lima Lagi Melecur Dalam Kebakaran Rumah

0
SHARE

KINABATANGAN, SABAH – Mayat seorang kanak-kanak enam tahun ditemui rentung dalam bilik sebuah rumah di Kg. Perpaduan, sini.

Mangsa insiden kebakaran 12.40 tengah malam tadi dikenal pasti sebagai Mohd Adlinsyah Mohd Adsni.

Lima orang cedera termasuk seorang kanak-kanak 12 tahun yang melecur 70 peratus pada tubuhnya. Difahamkan dua lagi selamat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata seorang mangsa lelaki, 43, melecur 60 peratus dan seorang kanak-kanak perempuan, 3, melecur 30 peratus.

“Seorang wanita berumur 41 tahun dan remaja lelaki, 15, kedua-duanya melecur 5 peratus…

“Seorang wanita warga emas, 77, dan kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun selamat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, rumah jenis tidak kekal berkeluasan 40X50 kaki persegi terbabit musnah sepenuhnya sebelum ketibaan pasukan bomba pada lokasi terletak kira-kira 26 km dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.

“Sebuah Motosikal Honda Ex5 turut terbakar 100 peratus namun sebuah kenderaan Toyota Dmax berjaya diselamatkan.

“Operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 200 kaki 3 pancutan sumber air dari jentera. Kebakaran terkawal pada 2.04 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 3.56 pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.