Warga Emas Maut Terjatuh Ketika Mendaki

Warga Emas Maut Terjatuh Ketika Mendaki

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki berumur 70 tahun disahkan maut selepas dipercayai tergelincir ketika mendaki berseorangan di Bukit Taman Mawar, sini, petang Sabtu lalu.

Pasukan penyelamat menerima laporan berhubung insiden pada jam 6.20 petang.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menganggarkan mangsa warga emas terbabit telah jatuh dari ketinggian 20 kaki atau 6 meter.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia…

“Tindakan pasukan Bomba adalah untuk membawa mangsa turun ke lokasi selamat seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 8.35 malam.