KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian tidak banyak berubah dengan 294 kes baharu iaitu penyusutan 3 kes berbanding semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata tidak banyak perubahan pada jumlah sampel ujian dan kadar positiviti yang direkodkan.
“Pada hari ini jumlah sampel adalah sebanyak 2,841 berbanding 2,909 semalam…
“Kadar positiviti 10.52 peratus hari ini juga rendah sedikit berbanding 10.83 peratus semalam,” katanya dalam rumusan harian kes.
Menurut beliau, lebih banyak daerah merekodkan peningkatan kes harian (12 daerah) berbanding daerah yang mencatatkan penurunan (8 daerah).
“Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan kes bagi daerah-daerah yang mencatatkan penurunan adalah lebih tinggi berbanding daerah-daerah yang mencatatkan peningkatan…
“Sebanyak 8 daerah merekodkan kes dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 72, penyusutan 42 kes berbanding jumlah semalam.
“Antara daerah lain yang mencatatkan kes dua angka ialah Sandakan 36 kes (-8), Tawau 26 kes (+13), Penampang 25 kes (+13), Beaufort 20 kes (+12), Tuaran 16 kes (-9), Putatan 13 kes (-7) dan Lahad Datu kekal 11 kes.
“Empat (4) daerah iaitu Beluran, Kalabakan, Nabawan dan Tongod tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini,” tambahnya.
Terdapat empat (4) kes dalam Kategori hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (26 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 72 (114)
Sandakan 36 (44)
Tawau 26 (13)
Penampang 25 (12)
Beaufort 20 (8)
Tuaran 16 (25)
Putatan 13 (20)
Lahad Datu 11 (11)
Semporna 9 (3)
Papar 8 (8)
Kota Belud 7 (7)
Kota Marudu 7 (5)
Kuala Penyu 6 (0)
Kudat 6 (7)
Kunak 6 (0)
Kinabatangan 5 (3)
Pitas 4 (0)
Telupid 4 (3)
Tenom 4 (0)
Ranau 3 (4)
Sipitang 3 (3)
Keningau 2 (3)
Tambunan 1 (3)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Tongod 0 (0)





