SABAH HARAP HUBUNGAN PERSAHABATAN DAN KERJASAMA DENGAN CHINA DIPERKUKUHKAN – KM HAJIJI

SABAH HARAP HUBUNGAN PERSAHABATAN DAN KERJASAMA DENGAN CHINA DIPERKUKUHKAN – KM HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap hubungan persahabatan yang baik dan kerjasama yang erat di antara Sabah dan China dalam pelbagai bidang dapat diperkukuhkan lagi untuk manfaat dan faedah kedua-dua pihak.

Katanya, Sabah mengalu-alukan para pelabur dari negara China untuk melabur di negeri ini, selain kedatangan para pelancong dari negara itu, memandangkan Sabah mempunyai banyak sumber semulajadi yang cantik dan unik.

“Saya berharap Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang baharu, Ms Huang Shifang dan Pejabat Konsul Jeneral di sini akan memainkan peranan penting membantu mempromosi Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan dan pelaburan utama kepada rakyat China,” kata beliau.

Hajiji yang mengalu-alukan Huang ke Sabah, berharap ramai pelancong China akan melawat Sabah apabila rakyat negara itu dibenarkan kembali melancong ke luar negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang bersama Ms Huang Shifang semasa kunjungan itu…

“Kita mempunyai hubungan yang baik dengan China selama ini dan Sabah sangat mengalu-alukan kedatangan pelancongan daripada negara China…

“Ini akan membantu pertumbuhan industri pelancongan negeri ini”, katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada Huang di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Huang yang mengganti tempat Liang Caide, tiba di Kota Kinabalu pada 30 Mei 2022.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU), Puan Jasmin Teo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad dan Datuk Madiyem Layapan dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr.Roland Chia.