KUALA LUMPUR – BERSIH menegur calon pilihan raya daripada pelbagai parti politik kerana melakukan aktiviti yang boleh dianggap sebagai kesalahan pilihan raya dan tidak menepati etika berkempen.
Sebanyak 945 calon tampil dalam PRU-15 berbanding 600 lebih pada PRU-14.
Bersih turut menegur menteri sementara kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan melanggar konvensyen amalan kerajaan sementara selepas pembubaran parlimen dan DUN.
“Calon pilihan raya, parti politik, jentera kempen dan semua pihak yang terlibat termasuklah menteri sementara hendaklah berkempen dengan bersih dan mematuhi undang-undang terutamanya Akta Kesalahan Pilihan Raya,” kata kumpulan reformasi pilihan raya itu dalam satu kenyataan.
Jelasnya, antara kesalahan tersebut adalah program pemberian minyak dan menukar minyak hitam motosikal secara percuma oleh BN, PN dan PH di beberapa kawasan DUN dan parlimen.
Kesalahan yang diberi contoh oleh BERSIH berlaku di Pulau Pinang dan Melaka.





