PM Selesai Terima Kunjungan Hormat GRS, WARISAN Hari Ini

PM Selesai Terima Kunjungan Hormat GRS, WARISAN Hari Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam laman media sosial rasmi Facebook beliau memaklumka Hajiji dan rombongannya berkunjung di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi.

“Hajiji dan GRS memberi dukungan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan saya…

“Saya tentunya mengalu-alukan dan menghargai dukungan terbabit, demi kepentingan kerajaan negeri dan kesejahteraan buat rakyat Sabah,” katanya.

Dalam satu pautan yang berasingan, beliau turut memuat naik pautan yang memaklumkan pihaknya juga telah menerima kunjungan hormat dari Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersamaPresiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal…(Sumber Foto: Ihsan laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri)

“Saya mengalu-alukan komitmen beliau dan WARISAN yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat Sabah,” katanya.