KETUA MENTERI SABAH MENGULANGI SOKONGAN KEPADA PERDANA MENTERI

KETUA MENTERI SABAH MENGULANGI SOKONGAN KEPADA PERDANA MENTERI

0
SHARE
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini...(Sumber Foto: Ihsan laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri)

PUTRAJAYA – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Putrajaya, Kuala Lumpur petang tadi.

Hajiji mengulangi sokongan dan kerjasama penuh Kerajaan Negeri dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berharap pertemuan mesra di mana kedua-duanya membincangkan kepentingan negeri akan menjadi permulaan yang baik untuk merapatkan hubungan dan hubungan kerja dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan Sabah dan kesejahteraan rakyat.

Rombongan Ketua Menteri terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Presiden USNO Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Kota Kinbalu DAP Chan Foong Hin selain ahli-ahli Parlimen GRS.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama rombongan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor…(Sumber Foto: Ihsan laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri)