Penumpang Hadapan Maut Betembung Kenderaan Pacuan Empat Roda

Penumpang Hadapan Maut Betembung Kenderaan Pacuan Empat Roda

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Penumpang hadapan sebuah Perodua MyVi maut dalam pertembungan dengan sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Land Cruiser di simpang Kg Tungkang sini pagi Isnin.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan identiti mangsa sebagai Elena Kolonjan, 50.

Pemandu kenderaan, seorang lelaki, 59, dan dua anak lelaki dan perempuan beliau masing-masing tujuh dan sembilan tahun cedera.

Sekeluarga lima dalam Land Cruiser termasuk tiga kanak-kanak tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Tiga orang mangsa cedera telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS di tempat kejadian seterusnya dihantar ke hospital menaiki kenderaan Ambulans,” katanya mengenai kejadian 11.20 itu.

Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 1.20 tengah hari.