STAR Rayu Beri Kerajaan Peluang Bekerja Untuk Rakyat

STAR Rayu Beri Kerajaan Peluang Bekerja Untuk Rakyat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) merayu kepada semua pemimpin untuk memberi peluang kepada kerajaan peluang untuk bekerja dan menahan diri dari berpolitik sehingga tidak berkesudahan.

Naib Presiden STAR, Kenny Chua berkata pihaknya bersama rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang tumpu pada membangunkan negeri.

“Jadi, mari kita tamatkan politik yang sia-sia dan tidak berkesudahan ini. Mari kita berganding bahu dan beri peluang kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Kenny mengingatkan perpecahan dan pergaduhan tanpa henti hanya menganggu perkembangan negeri ini.

“Kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai perancangan besar untuk membangunkan negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya. Tiada sesiapa pun yang mahu berpolitik untuk menganggu semua ini,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Sabah Star dan GRS kekal komited terhadap visi dan misi ini dan berharap parti lain akan bersatu tanpa mengira ideologi politik yang berbeza.

Untuk mencapainya, beliau menyatakan ia memerlukan perpaduan yang kukuh disamping menekankan Sabah kini merupakan satu kedudukan yang kukuh berhubung tuntutan terhadap hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. (MA63).

“Setakat ini, kami telah mencapai beberapa tahap kejayaan dalam usaha ini. Jika kita tidak bersatu, kita tidak akan berada dalam kedudukan yang kuat lagi,” katanya.

Kenny turut mengingatkan bahawa rakyat Sabah mahu melihat kerajaan yang dilihat berusaha membantu mengubah nasib mereka, bukannya ahli politik yang berjuang untuk memperkasakan hanya diri sendiri dan penyokong mereka.