Gongxi Raya IDS Perkukuh Perpaduan, Seru Amalan Berhemah

Gongxi Raya IDS Perkukuh Perpaduan, Seru Amalan Berhemah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sambutan Majlis Gongxi Raya Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) menjadi platform mengeratkan silaturahim serta memupuk perpaduan dalam kalangan warga kerja dan jemputan.

Pengerusi IDS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, gabungan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk di Sabah.

Katanya, majlis tersebut bukan sekadar menikmati juadah, tetapi simbol kesyukuran, perkongsian rezeki dan hubungan kekeluargaan yang diperkukuh, manakala tradisi Yee Sang melambangkan harapan, kemakmuran dan kejayaan bersama.

Beliau berkata, sambutan seumpama itu penting dalam memperkukuh nilai kebersamaan serta mengingatkan bahawa warga kerja adalah sebuah keluarga yang saling menyokong.

Azizah turut mengingatkan mengenai cabaran global seperti konflik, ketidaktentuan ekonomi, krisis iklim dan turun naik harga minyak, selain menasihatkan orang ramai agar berbelanja secara berhemah.

Beliau juga menggesa masyarakat menjaga kesihatan, khususnya ketika cuaca panas, dengan memastikan pengambilan air mencukupi dan mengurangkan aktiviti luar.