Bung Sokong Penuh Cadangan Tubuh Kerajaan Perpaduan Di Sabah

Bung Sokong Penuh Cadangan Tubuh Kerajaan Perpaduan Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Barisan Nasional (BN) Sabah menyokong penuh Kerajaan Perpaduan diwujudkan di Sabah seperti yang dicadangkan Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan haruslah melibatkan semua parti politik di Sabah.

Menurutnya, beliau yakin menerusi Kerajaan Perpaduan ini mampu meredakan kembali suhu politik dan seterusnya menstabilkan semula politik di Sabah ketika ini.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima saranan daripada Perdana Menteri dengan hari terbuka demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar memaklumkam majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah tidak dapat hadir dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini berikutan perlu menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, beliau bersama bersama ADUN UMNO Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam sidang khas tersebut.